Lukisan Hati

Lukisan Hati

Tuesday, 5 April 2011

Rama-Rama

           Hari ini, sewaktu aku sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh ibu kesayanganku...yang takkan sesekali membiarkan anaknya ini ke pejabat tanpa bersarapan, tiba-tiba...seekor rama-rama  yang sangat besar dan cantik muncul berterbangan di ruang dapur. Terbangnya begitu hampir denganku dan tanpa berlengah, aku menutup wajahku dgn tudung kepala yang aku pakai..(hahaha...)...

           Aku teramat takut sebenarnya dengan rama-rama kalau ia akan menyentuhi wajahku. Aku pernah terdengar pendapat yang mengatakan bahawa makhluk bernama rama-rama ini mengandungi racun berbisa pada sayapnya. Tapi tak pernah pula aku mengetahui sejauhmana kebenarannya. Justeru, walaupun rama-rama merupakan binatang yang paling aku suka dan paling menarik minat aku, ia juga merupakan haiwan/serangga yang sangat aku takuti bila ia menghampiriku. Walau apapun, minatku pada rama-rama takkan berubah sampai bila-bila. Aku pasti di luar sana boleh dikatakan ramai yang meminati rama-rama. Kerana apa agaknya? Telahanku kerana rama-rama sangat cantik dan menarik. Namun yang terlebih pasti, aku nak kongsi mengenai minat aku pada rama-rama bukanlah pada kecantikannya semata-mata, tetapi..... sebenarnya ada sesuatu yang lebih  istimewa mengenai rama-rama pada pandangan hati aku...

            Sekarang..aku nak berkongsi gambar rama-rama yang aku hanya copy paste, sekadar mengabadikan haiwan kegemaran aku di ruangan ini. Sayang betul...telefon aku yang ada kamera dh K.O, dan aku pula tidak memiliki kamera, tak dapat aku snap rama-rama cantik pagi tadi......  Sedihhhhh.

    

2 comments:

INDAHBLOG said...

Lukisan Hati kenapa tak tangkap saja rama-rama tu dan simpan untuk tengok esok pulak.

Nur Ilham Impian said...

bagus jgk cadangan tu...tp dh terlambat laa..hehehe